Welcome

Jalan Pantai Baru,
59200 Kuala Lumpur

|
Written by masjid arrahman
Category:

User Rating: 4 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar ActiveStar Inactive
 

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Alhamdulillah setinggi kesyukuran dirafakkan kepada Allah S.W.T kerana dengan limpah rahmat dan kasih sayangnya laman web Masjid Ar-Rahman Kuala Lumpur dapat diwujudkan dengan jayanya.

Masjid Ar-Rahman Kuala Lumpur yang telah beroperasi semula selepas selesai proses pengubahsuaian telah diberi wajah baru bagi memberi keselesaan kepada Jemaah agar dapat beribadah dengan selesa dan tenteram. Seiring dengan hasrat bagi menjadikan masjid sebagai One Stop Center, Masjid Ar-Rahman Kuala Lumpur merancang pelbagai program-program keagamaan dan kebajikan bagi memenuhi hasrat tersebut.

Justeru itu, besarlah harapan kami agar semua pihak dapat berganding bahu melalui idea dan pengalaman agar Masjid Ar-Rahman Kuala Lumpur terus dapat menyatupadukan ummah dan melebarkan sayap dakwah bagi manfaat kita bersama.

Semoga Allah memberkati usaha murni ini.

Sekian, Wassalam

 

USTAZ MOHD FIRDAUS BIN ROSLI

KETUA IMAM/KETUA PENTADBIR

MASJID AR-RAHMAN

JALAN PANTAI BARU

59200 KUALA LUMPUR