Welcome

Jalan Pantai Baru,
59200 Kuala Lumpur

|
Written by masjid arrahman
Category:

User Rating: 0 / 5

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive

24 Nov.. Masjid Ar-Rahman Kuala Lumpur telah mengadakan ceramah khas bulanan bersempena menyambut pra Maulidur Rasul. Ceramah ini bermula selepas waktu solat maghrib telah menampilkan penceramah dan pendakwah bebas yang terkenal iaitu Al-fadhil Us Amran b Yusof atau dikenali sebagai Us Amran bollywood. 

Kehadiran jemaah sangat memberansangkan, kehadiran dianggarkan 300 orang jemaah lelaki dan perempuan yang hadir bagi memeriahkan ceramah khas bulanan ini. Didalam ceramah ini, penceramah banyak menyentuh perihal perkara-perkara sunnah yang semakin ditinggalkan oleh kebanyakan masnusia dizaman kita sekarang ini. Oleh itu, bersempena menyambut Maulidur Rasul pada tahun ini, penceramah menyarankan agar kita bukan sahaja menghidupkan sambutan maulidur rasul sebagai anda kasih dan sayang kepada Nabi SAW akan tetapi hendaklah kita menghidupkan semula sunnah-sunnahnya agar kita sentiasa teringat dan menghayatai pengorbanan dan perjuangan baginda nabi SAW.

  

|
Written by masjid arrahman
Category:

User Rating: 0 / 5

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive


Klang.. 8 Nov. Pihak Pengurusan Masjid Ar-Rahman yang diketuai oleh Us Mohd Firdaus Bin Rosli (Ketua Imam) telah mengadakan satu lawatan Mahabbah kesebuah rumah kakitangan Imam rawatib Masjid Ar-Rahman yang tinggal di Taman Dahlia, Rantau Panjang, Klang Selangor. Lawatan ini adalah bertujuan untuk menziarahi kakitangan tersebut yang baru sahaja ditimpa musibah serta mengeratkan lagi silaturrahim. 

Turut serta dalam lawatan tersebut ialah Imam Norhaj beserta isteri, Ketua Bilal Masjid Us Mohd Fikri Bin Khesim dan Isteri serta beberapa ahli yang lain. Lawatan ini juga bertujuan untuk menyampaikan sedikit sumbangan bagi membantu untuk tujuan-tujuan lain seperti kos perubatan dan sebagainya. Lawatan yang berlangsung hampir 1 jam ini telah memberi sedikit pendedahan kepada pihak pengurusan perihal keadaan dan penyakit yang sedang dihadapi oleh Imam Rawatib Masjid Ar-Rahman ini. Kami juga mendoakan agar Saudara Imam Rawatib MasAR iaitu Us Mohd Faizal bin Yusoff diberu kesembuhan yang baik dan sempurna Oleh Allah S.W.T agar dapat bertugas seperti biasa. 

Alhamdulillah, lawatan yang baik ini berakhir sekitar jam 11 malam yang diakhiri dengan sedikit bacaan doa sebagai usaha dan ikhtiar kepada penyembuhan penyakit yang sedang dihadapi oleh Us Mohd faizal Bin Yusof.