Welcome

Jalan Pantai Baru,
59200 Kuala Lumpur

|
Written by masjid arrahman
Category:

User Rating: 0 / 5

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

1 September 2017-Jumaat- Masjid Ar-Rahman telah mengadakan Program Ibadah Korban dan Aqiqah bagi tahun 2017. Program dimulakan dengan solat sunat aiduladha dipimpin oleh Ustaz Mohd Norhaj bin Abu Hassan dan khutbah disampaikan oleh Ustaz Mohd Firdaus bin Rosli.

Jemaah juga turut disajikan dengan sarapan pagi yang disediakan oleh Nur Husna Catering bermula pada jam 9.15 pagi dan diteruskan dengan petugas melaksanakan penyembelihan ibadah korban sejurus selepas itu. Pengagihan daging korban dijalankan pada jam 12.45 tengahari.

Sejurus selepas Solat Jumaat, jamuan rakyat disediakan kepada semua jemaah. Pihak pengurusan Masjid Ar-Rahman Kuala Lumpur mengucapkan terima kasih kepada semua AJK dan yang menjayakan program ibadah korban dan aqiqah tahun ini. Juga penghargaan tidak terhingga kepada Anggota Bomba Balai Bomba Pantai yang diketuai oleh Tuan Hamid bin Daud diatas kerjasama yang diberikan. Program berakhir jam 3.00 petang.