Welcome

Jalan Pantai Baru,
59200 Kuala Lumpur

|
Written by masjid arrahman
Category:

User Rating: 0 / 5

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

22 Januari 2017- Majlis Permufakatan Masjid dan Surau Lembah Pantai dengan kerjasama Masjid Ar-Rahman Kuala Lumpur telah menganjurkan Ceramah Perdana bertajuk Ukhuwwah Islamiah Asas Penyatuan Ummah yang disampaikan oleh YB Ustaz Nik Mohd Abduh bin Nik Abd Aziz, Ahli Parlimen Pasir Mas Kelantan Darul Naim.

Seramai 500 orang memenuhi Masjid dengan majlis dimulakan dengan ucapan Ketua Imam Masjid Ar-Rahman Ustaz Mohd Firdaus bin Rosli memaklumkan berkenaan Taqwim Bulanan Sepanjang tahun 2017 dan tabung dana pembangunan Masjid Ar-Rahman. Turut hadir Aktivis Masyrakat Datuk Seri Utama Raja Nong Chik bin Datuk Zainal Abidin,Pengerusi Majlis Permuafakatan Masjid dan Surau Datuk Haji Ibrahim bin Tamby Chik, Pengerusi Masjid Ar-Rahman Ustaz Hazman bin Che Mohamed dan barisan kakitangan Masjid. Majlis diakhiri dengan gimik pelancaran tabung dana pembangunan Masjid Ar-Rahman oleh Datuk Seri Utama Raja Nong Chik bin Raja Zainal Abidin. Majlis berakhir jam 9.30 malam dengan jamuan makan untuk tetamu khas dan jemaah.