Welcome

Jalan Pantai Baru,
59200 Kuala Lumpur

|
Written by masjid arrahman
Category:
Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 


12 Mei 2016 – Masjid Ar- Rahman, Jalan Pantai Baharu telah dilimpahi air setinggi 2 kaki. Hal ini terjadi adalah disebabkan hujan lebat yang turun tidak henti-henti bermula pada jam 6:30 petang. Berikutan itu, Sekitar Masjid Ar-Rahman telah dinaiki air.

Dalam kejadian tersebut, hampir 10 biji kenderaan dan 5 biji motosikal milik jemaah telah terperangkap dalam banjir kilat.  Manakala, tembok pemisah antara masjid Ar-Rahman dengan fakulti undang-undang Universiti Malaya turut roboh ketika air mulai naik diseluruh kawasan masjid. Air mula surut sepenuhnya di sekitar kawasan masjid pada jam 9:40 malam.

Beberapa AJK diketuai oleh Y.Bhg Us Mohd Firdaus Bin Rosli, Ketua Imam Masjid Ar-Rahman telah bertungkus lumus membersih kawasan sekitar Masjid yang dinaiki air. Gotong royong telah tamat sekitar jam 12 tengah malam.