Welcome

Jalan Pantai Baru,
59200 Kuala Lumpur

|
Written by masjid arrahman
Category:

User Rating: 5 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar ActiveStar Active
 

23 April  2016- Pelajar Sarjana muda pengajian Islam dan Sains UM, telah mengadakan program jalinan kemasyarakatan di Masjid Ar-Rahman, Kuala Lumpur. Program yang julung kali diadakan ini adalah bertujuan untuk mengeratkan hubungan kerja dengan pihak pengurusan Masjid Ar-Rahman dalam usaha untuk mengembangkan dakwah.

Program jalinan kemasyarakatan ini adalah berbentuk gotong royong pelajar-pelajar UM dalam usaha untuk menambahkan lagi keceriaan di seluruh kawasan Masjid Ar-Rahman. Perserta yang terlibat dalam program jalinan kemasyarakatan ini adalah sebanyak 30 orang.

 Aktiviti gotong royong telah dimulakan dengan sedikit taklimat ringkas oleh Imam Masjid Ar-Rahman, Us Mohd Norhaj dan diteruskan dengan aktiviti mencari benda yang menyakitkan mata dengan digantikan dengan benda yang menyejukkan mata dan menenangkan hati oleh para pelajar.

Program yang berakhir pada jam 6 ini telah dirasmikan oleh Us Mohd firdaus Bin Rosli,Ketua Imam Masjid Ar-Rahman dengan sedikit ucapan dan penyerahan sijil dan cenderahati.

Pihak Pengurusan Masjid amat berharap agar program-program seperti ini dapat diadakan dengan lebih kerap agar ukhuwah ini akan sentiasa bertaut dan keceriaan masjid akan lebih terpancar dengan kehadiran dan komited para pelajar dalam usaha menjadikan masjid adalah tempat yang paling selesa dan menenangkan hati.