Welcome

Jalan Pantai Baru,
59200 Kuala Lumpur

|
Written by masjid arrahman
Category:

User Rating: 5 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar ActiveStar Active
 

23 April-Masjid Ar-Rahman Kuala Lumpur telah menganjurkan majlis perasmian penutup kursus asas Haji dan Kursus Penyembelihan arnab. Majlis penutup tersebut telah diadakan di ruang legar Masjid Ar-Rahman, Jalan Pantai Baharu, Kuala Lumpur. Kursus Asas Haji praktikal telah dibimbing oleh Us Ahmad Sirajudin bin Abd Satar manakala  Kursus Penyembelihan telah dikendalikan oleh Us Abd Halim bin Zakaria.

 Disamping itu juga, majlis ini turut diserikan lagi dengan Kenduri Perdana yang dianjurkan oleh pihak masjid dengan kerjasama UM. 111 ekor arnab dan 5 ekor kambing menjadi tarikan 800 orang jemaah dalam menu utama Kenduri Perdana kali ini yang bersempena dengan ulang tahun 111 penubuhan UM.

Majlis perasmian penutup ini telah dirasmikan oleh YBhg Tuan Haji Yaakob bin Abd Rahim, Timbalan Pengarah Operasi JAWI. Turut Hadir dalam majlis ini ialah YBhg. Prof. Datuk Dr. Rohana Bt Mohd Yusuf, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Aumni) UM, Datuk Ibrahim Bin Thamby Chik Pengerusi Majlis Permuafakatan Masjid-masjid Dan Surau Parlimen Lembah Pantai dan Tuan Haji Shahrul Azhar Bin Ismail, Timbalan Pengerusi Masjid Ar-Rahman KL.

Pihak Pengurusan Masjid mengharapakan agar majlis seperti ini akan dapat dianjurkan dimasa-masa akan datang dalam usaha mengukuhkan kerjasama erat diantara pihak pengurusan masjid bersama agensi-agensi lain.